Sembahyang Lah Anda Sebelum Anda Di Sembahyangkan

Wednesday, August 27, 2008

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al- Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang- orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


SELAMAT BERPUASA DAN BERTERAWIH..........................

Our 3rd Years Anniversary



20 OGOS 2008....maka genaplah 3 tahun usia perkahwinan ku dengan lelaki tercinta..:)


Teringat mase becinta dulu :) Banyak dugaan jugak time cinta dulu...



Sekarang dah ada dua orang anak...1 boy n 1 girl...husna n hazim...pelengkap hidup umi dan ayah...

Harapan ku agar perkahwinan ini akan terus kekal abadi dan bahagia selamanya...

LOVE U

LOVE U

LOVE U
LOVE U


Tuesday, April 8, 2008

Pas sokong Selangor maju projek ternak babi

Oleh Wan Jailani Razak dan Tuan Nazuri Tuan Ismail (BERITA HARIAN)

SHAH ALAM: Pas menyokong keputusan kerajaan Selangor melaksanakan projek ternakan babi berkelompok bernilai RM100 juta di Sepang dengan alasan orang Islam tidak berhak menghalang bukan Islam menternak dan memakan daging babi. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, berkata beliau dan dua lagi Exco Pas dalam kerajaan campuran itu menyokong penuh projek berkenaan selagi ia tidak mencemarkan alam sekitar. "Kita tidak ada masalah, kita (Pas) sokong. Kita orang Islam hanya diharamkan daripada memakan daging babi, tetapi orang bukan Islam pula mereka makan babi, itu hak mereka," katanya.
Selain Dr Halimah yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, dua Exco Pas dalam kerajaan campuran itu ialah Datuk Dr Hassan Ali (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam) serta Iskandar A Samad (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan). Halimah yang ditemui selepas sidang akhbar sempena kunjungan hormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini semalam, berkata Pas menyokong projek itu kerana ladang berkenaan bakal dibina dengan menepati piawaian antarabangsa. Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Teresa Kok, yang mengesahkan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Pas Selangor meluluskan projek itu pada mesyuarat Exco, Rabu lalu.
Menerusi laman blognya, Teresa berkata, Selangor berhasrat untuk menjadi contoh terbaik kepada kerajaan negeri lain dalam mengusahakan penternakan ladang babi secara moden. Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau akan membuat kenyataan hari ini bagi menjelaskan perkara sebenar. "Kerajaan negeri menyokong semua aktiviti pertanian di negeri ini sekiranya menepati syarat yang ditetapkan," katanya. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari, pula berkata kerajaan negeri tidak membiayai projek itu, sebaliknya sebuah syarikat swasta tempatan akan melabur RM100 juta memajukannya secara berkelompok dan tersusun, termasuk kos pembelian tanah dan pembinaan kemudahan asas lain.
"Projek ini pernah ditolak oleh Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES). Kerajaan negeri setuju mengkajinya semula bagi memastikan hanya penternak yang benar-benar mengusahakan ladang babi menyertai program itu. "Saya diamanahkan untuk kaji balik isu ini dan selepas ladang moden ini diluluskan, tidak ada lagi ladang ternakan babi lain di Selangor," katanya. Yaakob berkata, ladang ternak berkelompok itu hanya untuk memenuhi bekalan domestik dan bukan tujuan eksport. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Sepang, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed, meminta kerajaan negeri mengkaji semula projek ternakan babi berskala besar itu kerana ia membabitkan sensitiviti sosiobudaya dan keagamaan. Beliau yang juga Menteri Kerjaraya berkata, projek berskala besar itu juga berkemungkinan mempunyai implikasi daripada segi alam sekitar, kebersihan dan kesihatan. "Ia seharusnya dirujuk terlebih dulu dengan Kerajaan Pusat untuk mendapatkan pandangan dan nasihat agensi tertentu," katanya. Mohd Zin berkata, kerajaan negeri memang berhak dan berkuasa meluluskan projek itu, namun sebarang keputusan yang mempunyai implikasi besar daripada segi alam sekitar dan sensitiviti budaya serta agama, tidak harus dibuat berdasarkan pendekatan untuk popular. Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, pula meminta kerajaan negeri mematuhi peraturan bagi memastikan projek itu tidak menimbulkan masalah kepada rakyat dan alam sekitar. Katanya, kerajaan BN dulu ada membincangkan projek berkenaan dengan sebuah syarikat swasta tempatan, tetapi menetapkan projek itu tidak akan membabitkan peruntukan kerajaan negeri.

Boikot Produk Dari Belanda

  1. Dutch Lady -Susu
  2. Ferrero Roche - Coklat
  3. Wall's - Aiskrim
  4. Ing - Insurans
  5. Planta - Margerin
  6. Ladyis Choice
  7. Teh Lipton
  8. Minyak Shell
  9. Knorr -Perisa Makanan
  10. Mandian Dove
  11. Sunlight - Pencuci Pinggan
  12. Deodoran Radiant & Rexona
  13. Ponds - Produk Kecantikan
  14. Coklat Kieldsens
  15. Slimfast - Produk Pelangsingan
  16. Kismis Lego
  17. Philips - Barangan Elektrik
  18. Duvyis - Makanan Ringan
  19. Gouda -Keju
  20. Robin - Pencuci Lantai / Pakaian
  21. Ariel - Pencuci Lantai / Pakaian
  22. Omo - Pencuci Lantai / Pakaian
  23. Labello - Lip Balm
  24. Teh Pickwick
  25. Venz - Mentega Coklat
  26. Syarikat Unilever
  27. Shampoo Sunsilk
  28. Fair & Lovely
  29. Mandian Lux
  30. Vaseline - Lip Balm
  31. Cif - Pencuci latai
  32. Surf -Pencuci Kain
  33. Wishbone - Pencuci Kain
  34. Dorina - Keji Krim
  35. Bertolii - Minyak Masak
  36. Shampoo Clear
  37. Breeze - Pencuci Kain
  38. Sun - Pencuci Kain

Thursday, March 20, 2008

Kes kehilangan anak menghantui ibu bapa


Apabila diminta bercerita mengenai zaman kanak-kanak, sudah pasti setiap orang akan menceritakan kegembiraan dan kebebasan bermain sesama rakan sebaya di hadapan rumah dan di taman permainan tanpa sebarang kerisauan. Pada ketika itu, sebagai kanak-kanak, kita hanya akan risau dan takut pada ibu bapa yang marah jika kita balik lambat. Tidak pernah dalam fikiran kita akan terjadi perkara yang buruk yang boleh membahayakan keselamatan diri.
Namun kini segalagalanya seakan telah berubah. Siapa sangka bermain di hadapan rumah terutamanya tanpa ibu bapa mengawasi mampu menjadi satu situasi yang bahaya seperti diculik, dilanggar kenderaan dan sebagainya. Disebabkan takut juga telah membuatkan ibu bapa seakan mengurung anak masing-masing di dalam rumah. Kerisauan setiap ibu bapa ini sebenarnya bermula apabila kes kehilangan kanak-kanak kecil mula dilaporkan satu persatu. Mungkin kanak-kanak tersebut bukan anak mereka, tetapi mana tahu suatu hari tiba-tiba perkara tersebut berlaku pula diri mereka sendiri. Adakah sanggup ibu bapa ini menghadapi kenyataan kehilangan anak yang dikasihi dalam sekelip mata. Tidak ada ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka hilang. Jika ditemui semula sudah pasti hidup pasti gembira namun jika sebaliknya berlaku. Hilang sudah seri rumah dan hilang sudah gelak tawa anak yang di kandung selama sembilan bulan. Apakah kes kehilangan kanakkanak kecil yang semakin kerap berlaku kini membuatkan setiap ibu bapa trauma? Apakah perkara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan keselamatan anak-anak mereka terjamin? Kita ikuti pandangan pakar psikologi dan ibu bapa yang sempat ditemui oleh MW pada kali ini. Peka terhadap anak-anak Pendapat pakar psikologi, Puan Mariani Md Nor, Pensyarah, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. “Dalam perkara ini, pertama sekali, ibu bapa kena tahu apa yang mereka sendiri boleh lakukan untuk diri mereka sendiri dan untuk anak-anak mereka itu juga. Ibu bapa perlu peka terhadap anak-anak terutamanya jika anak-anak mereka itu dalam umur yang perlu diberi perhatian lebih atau tidak. Sebagai contoh, bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih kecil, mereka perlu menghantar sendiri anak-anak mereka sehinggalah ke pintu sekolah. Ibu bapa perlu melakukan tanggungjawab ini walau sesibuk mana pun mereka. Mereka perlu cari jalan bagi melakukan perkara ini. Jangan jadikan alasan sekolah dekat dengan rumah bagi ibu bapa tidak menghantar sendiri anak-anak mereka ini ke sekolah. Jangan sangka sekolah dekat, anak anak akan selamat sampai ke sekolah kerana kita tidak mampu menjangka apa yang bakal berlaku sewaktu perjalanan anak-anak mereka ke sekolah. Dalam hal ini sering kali perkara buruk berlaku apabila ibu bapa ambil mudah dalam hal ini. Jangan ada dalam minda ibu bapa akan anggapan sebegini. Paparan & pendapat seterusnya di dalam MW minggu ini.

Tuesday, March 18, 2008

MY SMALL HERO


Pada tanggal 28 Jun 2007...8.07 pagi,lahirlah putera ku, cahaya mata ku yang ke 2 yang diberi nama Muhammad Hazim Bin Mohamad Hilmi... yang uniknya, masa die dilahirkan sama dengan Nur Husna, cume kakaknya 8.07 malam. Sekarang dah 8 bulan 2 minggu..dah tumbuh 4 batang gigi.. Comel tapi lasak berbanding Nur Husna.. tak tido malam dibuatnya...

KHASIAT TAUGEH


Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan. Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.
Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan. Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas. Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus. Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda. Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge jangan ragu-ragu untuk mengambilnya.