Sembahyang Lah Anda Sebelum Anda Di Sembahyangkan

Thursday, March 20, 2008

Kes kehilangan anak menghantui ibu bapa


Apabila diminta bercerita mengenai zaman kanak-kanak, sudah pasti setiap orang akan menceritakan kegembiraan dan kebebasan bermain sesama rakan sebaya di hadapan rumah dan di taman permainan tanpa sebarang kerisauan. Pada ketika itu, sebagai kanak-kanak, kita hanya akan risau dan takut pada ibu bapa yang marah jika kita balik lambat. Tidak pernah dalam fikiran kita akan terjadi perkara yang buruk yang boleh membahayakan keselamatan diri.
Namun kini segalagalanya seakan telah berubah. Siapa sangka bermain di hadapan rumah terutamanya tanpa ibu bapa mengawasi mampu menjadi satu situasi yang bahaya seperti diculik, dilanggar kenderaan dan sebagainya. Disebabkan takut juga telah membuatkan ibu bapa seakan mengurung anak masing-masing di dalam rumah. Kerisauan setiap ibu bapa ini sebenarnya bermula apabila kes kehilangan kanak-kanak kecil mula dilaporkan satu persatu. Mungkin kanak-kanak tersebut bukan anak mereka, tetapi mana tahu suatu hari tiba-tiba perkara tersebut berlaku pula diri mereka sendiri. Adakah sanggup ibu bapa ini menghadapi kenyataan kehilangan anak yang dikasihi dalam sekelip mata. Tidak ada ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka hilang. Jika ditemui semula sudah pasti hidup pasti gembira namun jika sebaliknya berlaku. Hilang sudah seri rumah dan hilang sudah gelak tawa anak yang di kandung selama sembilan bulan. Apakah kes kehilangan kanakkanak kecil yang semakin kerap berlaku kini membuatkan setiap ibu bapa trauma? Apakah perkara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan keselamatan anak-anak mereka terjamin? Kita ikuti pandangan pakar psikologi dan ibu bapa yang sempat ditemui oleh MW pada kali ini. Peka terhadap anak-anak Pendapat pakar psikologi, Puan Mariani Md Nor, Pensyarah, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. “Dalam perkara ini, pertama sekali, ibu bapa kena tahu apa yang mereka sendiri boleh lakukan untuk diri mereka sendiri dan untuk anak-anak mereka itu juga. Ibu bapa perlu peka terhadap anak-anak terutamanya jika anak-anak mereka itu dalam umur yang perlu diberi perhatian lebih atau tidak. Sebagai contoh, bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih kecil, mereka perlu menghantar sendiri anak-anak mereka sehinggalah ke pintu sekolah. Ibu bapa perlu melakukan tanggungjawab ini walau sesibuk mana pun mereka. Mereka perlu cari jalan bagi melakukan perkara ini. Jangan jadikan alasan sekolah dekat dengan rumah bagi ibu bapa tidak menghantar sendiri anak-anak mereka ini ke sekolah. Jangan sangka sekolah dekat, anak anak akan selamat sampai ke sekolah kerana kita tidak mampu menjangka apa yang bakal berlaku sewaktu perjalanan anak-anak mereka ke sekolah. Dalam hal ini sering kali perkara buruk berlaku apabila ibu bapa ambil mudah dalam hal ini. Jangan ada dalam minda ibu bapa akan anggapan sebegini. Paparan & pendapat seterusnya di dalam MW minggu ini.

2 comments:

hacienda-hyacinths said...

notee..ko g tgk kenduri yanti?

hacienda-hyacinths said...

notee..klu ko ade amik gmbr yanti share la dlm blog leh aku tgk ek..